REFLEKSI DIRI
Di sini, saya Siti Noor Hanis Binti Abd Talib, merupakan pelajar dari Kolej Matrikulasi Perlis iaitu generasi yang ke-17, ingin menceritakan tentang refleksi diri saya mengenai pembelajaran Kemahiran Dinamika dari aspek komunikasi, kepimpinan, pemikiran dan pembelajaran sepanjang hayat/abad ke-21.
Di program matrikulasi ini, saya merupakan pelajar aliran perakaunan selama 1 tahun yang mempunyai 2 semester. Saya merupakan pelajar dari kelas tutoran A5T2B. Di semester yang pertama, kuliah saya mengambil subjek Kokurikulum bersama dengan pelajar aliran sains. Di semester yang kedua pula, saya mengambil subjek Kemahiran Dinamika. Di semester kedualah bermulanya saya dapat refleksi diri disebabkan oleh subjek Kemahiran Dinamika.
Pada minggu pertama di semester yang kedua, iaitu pada hari Jumaat, saya dan rakan-rakan memasuki kelas Kemahiran Dinamika yang berada di tingkat 4 (tutoran A). Buat pertama kalinya saya memasuki kelas di tingkat yang paling tinggi. Sebenarnya, saya gayat pada tempat yang tinggi. Tapi apa kan daya, saya sanggup untuk naik ke tingkat 4 untuk menimba ilmu. Tepat jam 10 pagi, saya dan rakan-rakan diketemukan dengan seorang pensyarah perempuan di dalam kelas. Nama diberi Puan Noorlida Binti Mohamad Arif, iaitu merupakan pensyarah bagi kelas Kemahiran Dinamika saya. Saya memanggil beliau sebagai cikgu.
Pada hari tersebut, saya dan rakan-rakan bersama cikgu bersuai kenal antara satu sama lain. Kami dapat mengenali dengan lebih rapat melalui suai kenal. Selepas itu, cikgu menerangkan tentang subjek Kemahiran Dinamika. Dan diterangkan juga tentang pemarkahan di dalam subjek tersebut. Pada mulanya, saya dan rakan-rakan menganggapkan subjek ini berat untuk kami lakukan. Disebabkan oleh, kami melihat pelajar semester lepas bersusah payah untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Tapi saya dan rakan-rakan akan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berputus-asa walaupun mendapat tugasan yang berat.
Tugasan pertama yang berada di ingatan saya ialah membuat rakaman video tentang diri. Ianya merupakan tugasan individu. Rakaman video ini merupakan kali pertama saya lakukan. Dengan tugasan ini, saya dapat belajar tentang cara untuk berkomunikasi di dalam video dan cara untuk merakam video di tempat yang sesuai. Dari aspek komunikasi, sebagai contoh, saya menggunakan bahasa yang sopan dan perlu bercakap jelas supaya orang yang menonton video saya faham apa yang saya ceritakan. Dan saya memilih tempat yang terang dan tertutup supaya dapat menghasilkan video yang berkualiti.
Seterusnya, tugasan yang kedua pula, saya dan rakan-rakan diberikan tugasan kumpulan iaitu rakaman video kempen kemasyarakatan. Rakaman video ini diberi tempoh selama 3 minggu untuk disiapkan. Video yang berdurasikan 4-5 minit perlu disiapkan. Saya dilantik sebagai setiausaha dalam tugasan ini. Tugasan ini amat berat untuk saya lakukan. Tapi saya dapat membuktikan bahawa saya mampu untuk melakukan tanggungjawab yang diberikan. Dari aspek kepimpinan, saya dapat menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik. Contoh kerja yang dilakukan oleh saya sebagai setiausaha ialah mencatat dalam minit mesyuarat dan yang paling utama ialah menyiapkan dokumentasi rakaman video ini. Tidak lupa juga tajuk video kami ialah ('Selfish' kah aku ??). Melalui tugasan ini, kami dapat belajar tentang pembikinan video.
Selepas siap rakaman video, kami diberi tugasan untuk membuat majlis pelancaran video kempen tersebut. Kami berganding bahu sebaik yang mungkin untuk menjayakan majlis pelancaran kempen tersebut. Akhirnya, kami berjaya melakukannya berkat usaha sama antara kami.
Semasa selesai rakaman
Tugasan yang ketiga ialah perucapan awam. Saya dan rakan-rakan diberi tugasan untuk melakukan perucapan awam. Dengan berbantukan bahan (slide), kami perlu berucap dalam masa 5-7 minit. Dari aspek komunikasi, kami perlu menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Kami perlu memberi ucapan tentang tips pembangunan diri. Tajuk saya tentang tugasan ini ialah 'Tips Menjadi Sahabat Yang Baik'. Tugasan ini memerlukan aspek pemikiran untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Saya dapat belajar tentang cara untuk berucap di hadapan orang dengan penuh yakin.
Dengan semua tugasan yang diberikan, saya dapat simpulkan bahawa tugasan ini betul-betul mengajar saya dari aspek pembelajaran sepanjang hayat/abad ke-21. Dengan menggunakan teknologi kini, saya dapat menyiapkan tugas yang diberikan. Saya juga berharap suapaya saya dapat meluaskan lagi ilmu dalam setiap tugasan.
Akhir kata, saya berharap apa yang saya lakukan dalam menyiapkan tugasan Kemahiran Dinamika dapat saya jadikan refleksi diri dan pengalaman yang saya tak dapat lupakan.
Di sini sahaja saya dapat menceritakan serba sedikit tentang refleksi diri mengenai pembelajaran Kemahiran Dinamika. In shaa Allah, semoga kita bertemu lagi.
Semasa berucap
Akhir kata, saya berharap apa yang saya lakukan dalam menyiapkan tugasan Kemahiran Dinamika dapat saya jadikan refleksi diri dan pengalaman yang saya tak dapat lupakan.
Di sini sahaja saya dapat menceritakan serba sedikit tentang refleksi diri mengenai pembelajaran Kemahiran Dinamika. In shaa Allah, semoga kita bertemu lagi.
done...teruskan menulis dear.
ReplyDelete