TIPS MENJADI SAHABAT YANG BAIK
1. JAGALAH KEPERCAYAAN SATU SAMA LAIN
Kepercayaan antara satu sama lain adalah amat penting dalam persahabatan. Sabahat yang baik perlulah jujur dalam semua perkara. Sebagai contoh, Anda tidak perlu untuk menyimpan rahsia yang dipendam kepada kawan Anda. Sekiranya tidak berpuas hati, jujurlah dan berterus-terang dengan kawan Anda. Selain itu, sahabat yang baik tidak seharusnya bercakap bohong sesama kawan.
Sahabat yang baik akan sentiasa beranggapan positif. Anda perlulah fikir perkara yang baik sahaja. Tidak perlu berfikiran negatif, dan ianya akan merosakkan lagi persahabatan. Sekiranya Anda dan kawan menghadapi masalah, fikir bersama dan cari jalan penyelesaiannya.
2. JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
Pendengar yang baik dalam persahabatan akan kukuhkan lagi ukhwah bersama antara sahabat. Sebagai contoh, sekiranya kawan Anda mempunyai masalah yang tidak dapat beliau selesaikan, mungkin beliau perlukan seseorang untuk beliau luahkan perasaan yang dipendam. Sebagai sahabat yang baik, Anda perlulah memberi sepenuh perhatian akan cerita yang disampaikan. Anda hendaklah mudah faham apa yang diceritakan dan yang paling penting, temuan mata antara kawan. Cara ini akan mempositifkan kawan Anda kembali.
3. JADILAH ORANG YANG TEPERCAYA
Seorang sahabat yang baik, Anda perlulah menyimpan rahsia kawan Anda dengan penuh amanah. Cuba sedaya upaya untuk tidak menceritakan rahsia kawan kepada orang lain. Janganlah membongkarkan rahsia jika berlaku pergaduhan. Ianya akan membuka aib kawan Anda sekiranya Anda tidak menyimpan rahsia. Seharusnya Anda perlu penuhi janji untuk menyimpan rahsia. Perkara ini menjadikan Anda sebagai sahabat yang boleh dipercayai.
4. KENALI KELUARGA SAHABAT
Sebagai sahabat yang baik, Anda perlulah mengenali ahli keluarga kawan Anda. Ini akan memudahkan anda tahu latar belakang kawan, kehidupan beliau dan sebagainya. Ini juga akan memudahkan Anda untuk menghubungi keluarga beliau jika berlaku kecemasan. Selain itu, cara ini akan mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Ada juga yang dijadikan anak angkat kerana terlalu rapat dengan keluarga kawan.
5. SALING NASIHAT BERSAMA
Nasihat antara satu sama lain adalah satu cara yang sangat berguna. Sebagai sahabat yang baik, jika kawan mempunyai masalah, Anda hendaklah memberi nasihat kepada beliau. Sebagai contoh, Anda perlulah menegur dan membetulkan kesalahan kawan dengan sopan. Selain itu, beri pendapat yang rasional dan bernas. Anda hendaklah membantu untuk memberikan idea yang bagus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Seterusnya, Anda disarankan untuk memberi nasihat dengan nada yang lembut dan sopan. Ini akan memberi impak yang positif kepada kawan Anda.
Akhir kata, tips ini adalah serba sedikit tentang cara untuk menjadi sahabat yang baik. Saya berharap artikel ini dapat membantu Anda.
"Seorang sahabat adalah seseorang yang mengetahui tentang dirimu dan tetap mencintaimu" -Ellan Hubbard-
Janganlah berjalan di belakangku,
kerana mungkin aku tak bisa memimpinmu.
Jangan pula berjalan di depanku,
mungkin aku tak bisa mengikutimu.
Berjalanlah di sampingku dan jadilah sahabatku.
done.
ReplyDelete